Monday, November 16, 2015

Filled Under:

Amelia

#Baru-baru ni kami menerima beberapa keping foto comel seorang kanak-kanak perempuan kiriman pembaca setia OHBULAN! melalui email....... Bila diamati foto tersebut, nampak begitu familiar sekali cuma namanya sahaja tak tahu.......

#Rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa dan kembali menyinari industri seni tanah air setelah lama ditinggalkan....... Memang dulu selalu nampak kan?

#Berikut beberapa info menarik tentang dirinya yang sempat kami geledah.......

#Pelakon Talentime
Semasa kanak-kanak, Amelia Henderson ini pernah beberapa kali berlakon drama, filem dan teater....... Antara yang paling diingati ialah menerusi filem Pisau Cukur dan Talentime arahan arwah Yasmin Ahmad.......

#Patutlah macam familiar je kan sebabnya masa kecil dulu wajahnya sering muncul di kaca TV dengan beberapa iklan....... Malah acap kali juga menghiasi majalah sejak berumur 3 tahun

#IQ 180
Bukan mahu terlalu memuji Amelia ini tapi hakikatnya dia memiliki IQ 180 dan disahkan Mensa, organisasi yang mengiktiraf golongan genius di dunia.......

#Kira bijak pandai juga lah dan tak mustahil sebab ibunya seorang dentist dari India manakala bapa pula arkitek berasal dari Scotland.......

#Drama terbaru, Keluarga Pontimau TV3
Selepas sekian lama tak muncul dengan drama, gadis ini tampil dengan drama terbaru Keluarga Pontimau menerusi TV3....... Itu yang buat ramai tertanya-tanya, siapakah dia....... Macam pernah nampak.......

#Penyampai radio & hos TV di beberapa rancangan Astro
Kahwini kerabat Diraja Kedah

#Sekitar Ogos lalu, Amelia yang baru berusia 20 tahun ini baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan salah seorang kerabat Kedah iaitu Tunku Harun....... Memang sama cantik sama padan.......

#Sebenarnya lagi info menarik tentang Amelia Henderson ini tapi cukup lah yang ini dahulu ya.......





0 comments:

Post a Comment